Adakah anda alah
terhadap tabiat harian anda?

duration time 4 min dibaca

Walaupun anda berhati-hati untuk mengelakkan pencetus peribadi anda untuk bersin, mata berair, lelah dan berdehit atau produk yang mencetuskan tompok pada kulit, rutin harian anda mungkin menjadikan alahan anda bertambah teruk. Tabiat setiap hari boleh menjadi sumber pendedahan alergen yang mengejutkan. Cara kita membersihkan rumah, cara kita berpakaian, berapa banyak kita minum, tahap tekanan kita dan tempoh kita mandi, semuanya boleh meningkatkan reaksi alahan.

1The Skin as a Route of Allergen Exposure: Part II. Allergens and Role of the Microbiome and Environmental Exposures. Knaysi, G., Smith, A.R., Wilson, J.M. et al. Curr Allergy Asthma Rep (2017) 17: 7. doi:10.1007/s11882-017-0675-4

6 tabiat harian
yang boleh menyebabkan alahan kulit anda

1. Mengesat debu dan menyapu boleh menyebabkan alahan kulit

Bagi gejala alahan, kaedah pembersihan yang salah adalah lebih memudaratkan berbanding menyembuhkan. Alatan kering seperti penyapu dan pengesat debu hanya menyerakkan semula habuk, yang menjadi punca utama alahan kulit, dan boleh mengubah sedimen berbahaya di permukaan menjadi “habuk alergen” bawaan udara.

Petua terbaik? Sebaiknya, mop dengan air berbanding menyapu kering. Ketika mengesat debu, gunalah kain gentian mikro yang lembap.. Apakah pelindung antialahan anda? Pembersih vakum. Vakumkan lantai, langsir, upholsteri, mainan… apa-apa sahaja yang memerangkap habuk. Petua terakhir: produk pembersih rumah juga boleh menjadi alergen, jadi pakai pelitup muka dan sarung tangan dan bekerja dengan hati yang senang!

 

2. Tabiat mencuci pakaian yang buruk boleh menyebabkan ruam pada kulit yang gatal

Cadar ialah sarang bagi berjuta-juta1uta3 hama debu berkaki lapan yang merupakan antara penyebab utama alahan. Fikirkan lelah, penyakit radang kulit dan reaksi alahan kulit. Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kadar hama debu di rumah anda, tetapi mencuci cadar anda setiap minggu dan dengan betul adalah yang paling penting.

Petua terbaik? Cuci cadar anda setiap minggu pada 60° untuk membunuh hama. Jika cadar anda tidak serasi dengan cucian panas, letakkan di dalam pengering selama sekurang-kurangnya 15 minit pada suhu di atas 60°. Perlu diingat bahawa bahan cuci pakaian itu sendiri boleh menjadi pencetus alahan, jadi pilihlah formula hipoalergenik dan bilas cucian anda lebih daripada dua kali.

Tahukah anda? Membiarkan tilam anda “tidak berkemas” sebenarnya lebih baik untuk alahan hama debu rumah kerana ia mengudarakan cadar dan mengurangkan kadar hama2.

 

3. Tekanan boleh menyebabkan alahan

Ramai orang mengenal pasti tekanan sebagai pencetus alahan peribadi dan pemerhatian ini disokong oleh sains. Penyelidik telah menunjukkan bahawa tekanan yang meningkat berkadar terus dengan peningkatan gejala alahan3. Sebabnya masih belum jelas, tetapi dikatakan terdapat interaksi yang kompleks antara otak dan sistem imun berhubung dengan alahan. Malah, sebilangan saintis mencadangkan bahawa rawatan alahan yang betul harus merangkumi terapi psikologi!4

Petua terbaik? Tekanan ialah lumrah kehidupan moden, jadi ambil beberapa langkah mudah untuk mengurangkan tekanan negatif dalam hidup anda. Cuba sebuah aplikasi untuk memuhasabah diri, menyelami minda atau mengatur kitaran tidur anda. Dan wajibkan diri untuk melakukan senaman setiap hari. Menerusi usaha ini, alahan anda boleh dikawal.

 

4. Mandi air panas dalam tempoh yang lama boleh mencetuskan gejala alahan

Mandi air panas dalam tempoh yang lama boleh memburukkan lagi gejala sensitif terhadap kulit yang reaktif dengan melemahkan penghadangnya. Perlu diingat juga bahawa panas dan lembap yang berpanjangan menjadikan bilik mandi anda tempat pembiakan salah satu alergen utama: kulat. Kulat hitam yang tidak sedap dipandang ini melepaskan ribuan spora alergenik yang boleh memburukkan lagi lelah dan keradangan kulit serta menyebabkan banyak jenis alahan kulit.

Petua terbaik? Gunakan air suam dan mandi dalam tempoh yang singkat. Langkah ini tidak sahaja dapat mengurangkan pertumbuhan kulat, malah jauh lebih sensitif terhadap kulit yang alah. Untuk menghapuskan kulat daripada jubin dan simen, terdapat banyak produk khusus yang ada, tetapi ia kasar! Jadi jangan lupa pelitup muka dan sarung tangan anda daripada petua #1. Akhir sekali, jika bilik mandi anda mempunyai tingkap, biarkan terbuka selama setengah jam sehari untuk mengudarakan ruang.

https://www.achooallergy.com/learning/dust-mites-fact-sheet/
https://link.springer.com/article/10.1007/s10493-006-9003-8
http://www.annallergy.org/article/S1081-1206(13)00492-4/abstract
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3264048/

 

5. Kanta lekap boleh memburukkan alahan mata

Ketika musim alahan, kanta lekap boleh memerangkap debunga, habuk dan alergen lain terus ke membran sensitif yang menyelaputi mata, iaitu konjunktiva. Maka terjadilah kemerahan, mata berair dan kegatalan. Dengan kata lain, anda kelihatan seperti mahu menangis. Agak memalukan ketika mesyuarat atau janji temu anda!

Petua terbaik? Apabila kadar debunga adalah tinggi, sebaiknya pakai kaca mata atau cermin mata hitam berbanding kanta lekap anda untuk menyekat angin yang membawa alergen. Jika anda ingin memakai kanta lekap, cuba jenis pakai buang setiap hari untuk mengelakkan penumpukan. Dan ingat, anda masih boleh menggunakan titisan mata antialahan dengan kanta lekap, tetapi tunggu sekurang-kurangnya 10 minit selepas memasukkan titisan sebelum memakai kanta lekap anda.

 

6. Jangan bawa masuk alergen dari luar

Jika anda memakai kasut dan lebih umum lagi, “pakaian luar rumah” di dalam rumah, anda sedang memijak dan menyebarkan alergen ke seluruh permaidani, upholsteri dan perabot anda. Dan itu merupakan berita buruk buat penghidap alahan.

Petua terbaik? Kasut luar rumah sepatutnya ditinggalkan di hadapan pintu: Misalnya, di beranda. Setiap hari, sejurus anda balik ke rumah, “tukar kepada pakaian yang lebih selesa”. Dengan kata lain, masukkan baju ke dalam mesin basuh, tukar kepada pakaian baharu dan pakai selipar yang lembut untuk menjaga kaki anda. Anda akan segera menyedari perbezaannya.

Lihat juga tabiat buruk kecantikan ini

BETUL
ATAU PALSU

RESIPI BUATAN SENDIRI ADALAH DILARANG
UNTUK KULIT SENSITIF.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Walaupun ia tampak seronok, menyelongkar almari dapur anda dan mencipta rawatan kulit anda sendiri adalah sebenarnya resipi untuk menambahkan lagi reaksi kulit khususnya bagi anda yang mempunyai kulit jenis alergi. Tidak dinafikan, banyak bahan semula jadi boleh menjadi sangat merengsakan.
Ketahui Lebih Lanjut

BERUS SOLEKAN ANDA
BOLEH MEMBERI ANDA ALAHAN.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Berus dan aplikator solekan boleh menjadi perangkap kepada habuk dan alahan, oleh itu ia perlulah dibasuh dengan kerap. Bersihkan berus anda dengan sabun hipoalergenik ataupun pembersih khas berus solekan untuk memastikan kesihatan terjamin.
Ketahui Lebih Lanjut

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
TIDAK PERNAH MENYEBABKAN ALAHAN.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Buah-buahan dan sayuran yang tertentu mempunyai sebatian yang tinggi yang dipanggil salisilat (berkaitan dengan ubat aspirin). Bagi individu yang sensitif terhadap salisilat, makanan yang kaya dengan sebatian ini boleh menyebabkan simptom alahan seperti demam alergi, asma, penyakit radang kulit dan reaksi kulit menjadi bertambah teruk.
Ketahui Lebih Lanjut

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
ALAHAN DIUJI

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Essential Active Dose Product

YANG PENTING SAHAJA,
PADA DOS AKTIF YANG TEPAT

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang diperlukan, dengan dos aktif yang tepat.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.

LIHAT SEMUA ARTIKEL
MENGENAI KULIT ALAHAN

placeholder Menentukan Apakah Rutin Kecantikan Anda Memperburuk Alahan Kulit
INFO SELANJUTNYA
placeholder KEMBALI KEPADA ASAS
INFO SELANJUTNYA
placeholder 10 ALAHAN TERATAS
DAN CARA UNTUK MENGHINDARINYA
INFO SELANJUTNYA