10 ALAHAN TERATAS
DAN CARA UNTUK MENGHINDARINYA

duration time 8 min dibaca

Alahan mempunyai pelbagai jenis pencetus yang mengelirukan, sebab itu tidak hairanlah ramai di antara kita tidak tahu apa yang menyebabkan sesuatu alahan kulit terjadi. Pada hari ini kita banyak terdedah kepada serangan bahan berpotensi alergenik. Berikut merupakan “suspek umum“ yang perlu diambil kira semasa menyelidik sebarang kes alahan yang baru.


• Debunga
• Kosmetik
• Parasit habuk rumah
• Makanan seperti susu, telur dan kacang
• Gluten
• Dadah (Ubat-ubatan)
• Pencuci pakaian
• Haiwan peliharaan (terutamanya anjing dan kucing)
• Kulapuk
• Wangian

ALAHAN DEBUNGA

Apa itu debunga?

Serbuk debunga adalah struktur taburan protein kecil yang dilepaskan oleh tumbuhan dan pokok pada masa yang pelbagai sepanjang tahun. Ujian tusukan kulit boleh menentukan debunga yang menyebabkan reaksi kulit alahan anda. Penyebab yang paling teruk? Ia bergantung kepada tempat tinggal anda, tetapi rumput Timothy dan pokok beech adalah dua subjek yang paling banyak diuji untuk debunga.

Simptom untuk alahan debunga

Alahan debunga boleh menyebabkan masalah seperti konjungtivitis, demam hay, asma yang disebabkan oleh debunga.

Tapi tahukah anda bahawa debunga juga menyebabkan alahan kulit? Ia mengganggu lapisan pelindung kulit, membiarkan ia bertindak sebagai perengsa kulit dan alergen1?

Apa yang anda boleh lakukan mengenai alahan debunga

Doktor anda boleh menasihati anda berkenaan dengan ubat-ubatan yang boleh membantu anda dengan simptom alahan debunga seperti anti-histamin oral, titisan mata dan ubat sedutan asma.

Bagi kulit sensitif, pertimbangkan untuk menggunakan krim pelindung kulit yang mempunyai bahan minimum untuk menguatkan lapisan pelindung kulit anda.

1The Skin as a Route of Allergen Exposure: Part II. Allergens and Role of the Microbiome and Environmental Exposures. Knaysi, G., Smith, A.R., Wilson, J.M. et al. Curr Allergy Asthma Rep (2017) 17: 7. doi:10.1007/s11882-017-0675-4

ALAHAN
KOSMETIK

Apa itu alahan solekan?

Terdapat beberapa produk solekan dan penjagaan kulit mengandungi bahan-bahan seperti paraben, lanolin, wangian, dan pewarna tertentu, yang boleh menyebabkan alahan kulit kepada alat solekan. Penyebab yang paling utama adalah nikel, yang ramai tidak sedari boleh dijumpai di dalam kosmetik tertentu

Apakah simptom alahan solekan?

Terdapat banyak jenis reaksi alahan kulit yang disebabkan oleh kosmetik. Walaupun begitu, simptom yang utama adalah sensasi kegatalan dan terbakar.

Apa yang anda boleh lakukan tentang alahan solekan

Berita yang baik adalah anda tidak perlu mengosongkan rak almari bilik mandi anda! Jika anda mempunyai jenis kulit alahan, dermocosmetics adalah jenis rawatan kulit yang sesuai untuk anda, oleh itu berkunjunglah ke farmasi tempatan anda.

Produk organik dan semulajadi boleh dikatakan pilihan yang lebih selamat, namun mereka mungkin mengandungi alergen utama seperti minyak pati dan wangian.

Jika anda sensitif kepada nikel, sentiasa lihat label “nikel-terkawal” pada pek. Tanya kepada pakar alahan anda mengenai ujian tampalan untuk mengenalpasti pencetus alahan untuk diri anda sendiri.

Tekan SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara untuk mengelak reaksi kepada kosmetik.

HAMA HABUK
ALAHAN

Apa itu alahan kepada hama habuk?

Disini keadaan menjadi sedikit menyeramkan! Hama habuk di dalam rumah, atau Dermatophagoides, adalah satu arachnid mikroskopik yang hidup dengan memakan sel kulit mati dan kebiasaannya boleh dijumpai di katil dan karpet permaidani. Sisa kotoran dan exoskeleton (ia perisai badan untuk makhluk jenis serangga) hama ini boleh menyebabkan reaksi alahan termasuk alahan kulit.

Apakah simptom alahan kepada hama habuk?

Alahan kepada habuk hama boleh menyebabkan keadaan seperti alahan rhinitis (radang bahagian dalam hidung),asma, dan penyakit radang kulit. Reaksi kepada alahan kulit merupakan isu yang besar, dimana hama habuk akan melepaskan bahan yang boleh merobohkan lapisan pelindung kulit, membuatkan ia lebih mudah mendapat reaksi alahan kulit2.

Apa yang anda boleh lakukan tentang alahan hama habuk

Terdapat beberapa petua praktikal yang boleh dicuba jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai alahan kepada hama habuk:

  • Gunakan tilam anti habuk hama.
  • Cuci tilam setiap minggu dan ganti tuala dan tikar mandi selepas 2-3 kali penggunaan. Gunakan suhu pencucian pada 60°C untuk membunuh hama dan sentiasa keringkan secara keseluruhan.
  • Melabur dalam alat penyahlembap.
  • Melakukan pengudaraan bilik selama 30 minit setiap hari, khususnya pada musim sejuk dan kering.
  • Memastikan rumah anda sentiasa dingin: menghadkan suhu kepada 18 atau 19°C.
  • Mengurangkan habuk dengan sentiasa mengemas dan kerap memvakum .
  • Pilih lantai keras daripada mengunakan permaidani.
  • Pertimbangkan untuk mengunakan kit ujian rumah seperti ujian Acarex® untuk menentukan di mana rumah anda atau tempat kerja anda yang mungkin tercemar dengan habuk hama.
  • Mengukuhkan lapisan pelindung kulit anda dengan pemakaian hipoalergenik democosmetics.
2"New perspectives on epidermal barrier dysfunction in atopic dermatitis: Gene–environment interactions". www.sciencedirect.com.

ALAHAN
MAKANAN

Apa itu alahan makanan?

Protein yang terkandung dalam beberapa makanan boleh mencetuskan tindakbalas imun dalam mulut ataupun usus yang boleh mengganggu keseluruhan badan termasuklah reaksi alahan kulit. Hanya 8 jenis makanan menyebabkan 90% tindakbalas alahan makanan:

  • Susu
  • Telur
  • Kacang
  • Kacang pokok, seperti walnut, badam, kacang pain, kacang brazil, dan pecan.
  • Soya
  • Gandum dan bijiran lain yang mengandungi gluten, termasuklah barli, rai, dan oat
  • Ikan
  • Kerang

Apakah simptom-simptom alahan makanan?

Alahan makanan boleh menyebabkan apa sahaja tindakbalas daripada kegatalan mulut, kepada ruam kulit, kepada kejutan anafilaksis penuh. Memandangkan ia merupakan satu bentuk alahan yang bahaya, perbincangan bersama pakar alahan perlu ada.

Apa yang boleh anda lakukan tentang alahan makanan

Pakar alahan anda akan menggunakan ujian khas yang akan menentukan punca alahan anda, serta memberi nasihat untuk menghilangkannya dari diet anda dan keperluan untuk membawa Epipen.
Sentiasa berwaspada pada “sumber” alegen tersembunyi: makanan bakar sering mengandungi telur dan kacang, sementara tuna dalam tin dan hotdog mungkin mengandungi protein susu!

INTOLERANSI GLUTEN,
KEBIASAANNYA JUGA DIPANGGIL ALAHAN GLUTEN

Apa itu gluten?

Kami telah membuat catatan berasingan untuk gluten kerana, walaupun ia terdapat dalam makanan, terdapat banyak tafsiran umum yang silap mengenai kepekaan terhadap gluten.
Gluten adalah kumpulan protein yang selalu dijumpai dalam bijiran seperti gandum, barli, rai, dan oat. Ia juga selalu digunakkan dalam pelbagai produk untuk memberikan tekstur elastik atau“ kenyal” –seperti dalam doh (termasuklah Play-Doh!).

Apakah simptom-simptom intoleransi kepada gluten?

Pada individu yang sedia lebih cenderung, gluten boleh mencetuskan keadaan reaksi yang berbeza yang sebenarnya mungkin bukan alahan. Ini termasuklah penyakit Coeliac atau intoleransi non-Coeliac gluten. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ada kemungkinan untuk mengalami alahan gluten yang benar.

Apa yang boleh anda lakukan tentang intoleransi gluten

Doktor anda boleh menasihati anda cara untuk menyesuaikan diet anda dengan penyakit Coeliac, intoleransi gluten, atau alahan gluten. Banyak makanan langsung tidak mempunyai sebarang gluten, dan berita baik adalah terdapat lebih banyak lagi produk pengganti, seperti roti tanpa gluten, yang boleh didapati di kedai pada hari ini untuk memudahkan kehidupan tanpa gluten.

3http://acaai.org/allergies/types/food-allergy

DADAH (UBATAN)
ALAHAN

Apa itu alahan dadah?

Alahan kepada dadah adalah reaksi alahan terhadap ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor anda atau yang dibeli di kaunter. Anda boleh mendapat alahan dari apa jua jenis ubatan, tetapi ubatan tertentu sering menjadi penyebab kepada alahan kulit.

  • Penisilin dan antibiotik yang berkaitan
  • Sulfonamides (“dadah sulfa”)
  • Anticonvulsants (ubat epilepsi)
  • Aspirin, ibuprofen dan ubat anti-radang nonsteroid yang lain (NSAID)
  • Dadah kemoterapi

Apakah simptom-simptom alahan dadah?

Sepertimana alahan makanan, reaksi alahan kepada dadah bermula dari ringan kepada serius. Anda mungkin boleh mengalami ruam kulit atau gatal-gatal, kegatalan di seluruh badan, masalah pernafasan seperti mendesah, bengkak bahkan boleh mendapat anafilaksis yang mengancam nyawa.

Apa yang anda boleh lakukan tentang alahan dadah

Jika anda mengalami alahan kepada dadah, anda perlulah berjumpa dengan pakar alahan untuk nasihat. Adalah amat penting untuk anda memaklumkan setiap doktor yang anda jumpa mengenai alahan dadah anda. Sentiasa baca risalah maklumat yang disertakan sekali di dalam pek ubat-ubatan anda. Memakai gelang amaran perubatan juga merupakan idea yang baik agar pihak penjagaan kesihatan professional tahu mengenai alahan anda walaupun anda tidak memberitahu mereka.

ALAHAN
PENCUCI PAKAIAN

Apa itu alahan pencuci pakaian?

Kita sedia maklum apa itu pencuci pakaian, tetapi apakah alergen yang ada padanya? Kebiasaannya, mereka mempunyai wangian (segar dan berangin tidak semestinya kawan baik anda!), enzim, dan perengsa seperti natrium lauril sulfat. 

Apakah simptom-simptom alahan kepada pencuci pakaian?

Alahan kepada pencuci pakaian boleh menyebabkan reaksi alahan kulit seperti penyakit radang kulit, dermatitis, dan urtikaria (gatal-gatal). Ia juga boleh menyebabkan kegatalan mata dan penafasan yang berdesah.

Apa yang anda boleh lakukan tentang alahan kepada pencuci pakaian

Jika anda mengalami kegatalan kulit, atau apa-apa simptom yang dijelaskan di atas, cuba bertukar kepada pencuci pakaian tanpa wangian dan hipoalergenik. Sentiasa ingat bahawa bayi anda banyak menghabiskan masa bersentuhan dengan kain dan tilam anda, oleh itu amatlah penting jika anak anda mempunyai kulit yang sensitif.

Click DISINI untuk petua mengenai cucian mesra alahan.

ALAHAN KULIT
DENGAN ANJING DAN KUCING

Apa itu alahan haiwan peliharaan?

Bulu, sel kulit (kelemumur), dan air liur dari rakan berkaki empat kamu mengandungi protein yang dapat mencetuskan reaksi alahan seperti alahan kulit terhadap anjing dan kucing.

Apakah simptom-simptom alahan haiwan peliharaan?

Kelemumur dan air liur daripada haiwan peliharaan boleh mencetuskan manifestasi alahan yang paling biasa, seperti rhinitis alahan (radang hidung), konjungtivitis (radang mata), asma, dan penyakit radang kulit.

Apa yang anda boleh lakukan tentang alahan kepada anjing dan kucing

Berjumpa dengan pakar alahan untuk mengesahkan punca alahan anda. Meraka dapat menasihati anda jika anda calon yang sesuai untuk terapi desensitisasi atau “allergy shots.” Anda juga boleh menguruskan gejala anda dengan ubat-ubatan seperti anti-histamin . Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kulit dan alahan lain yang teruk dengan anjing dan kucing, rakan berbulu dan gebu itu mungkin bukan untuk anda

ALAHAN
KULAPUK

Apa itu alahan kulapuk?

Kulapuk adalah kulat yang tumbuh di tempat yang lembab dalam rumah kita ataupun di tempat kerja. Mereka melepaskan ribuan spora mikroskopik yang berpotensi untuk mencetuskan alahan.

Apakah simptom-simptom alahan kulapuk?

Oleh sebab spora berada di udara, ia menyebabkan simptom yang serupa dengan alahan debunga: mata gatal, bersin dan pernafasan mendesah, dan juga kulit kering dan bersisik4 .

Apa yang boleh anda lakukan tentang alahan kulapuk

Berjumpa dengan pakar alahan adalah penting untuk memastikan jika kulapuk merupakan penyebab simptom alahan anda. Sekiranya ada, pertimbangkan untuk mengikuti garis panduan dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar . Secara ringkasnya, ia berkenaaan dengan mengurangkan kadar kelembapan ke tahap minimum.

4http://www.aafa.org/page/mold-allergy.aspx

ALAHAN
WANGIAN

Apa itu alahan wangian?

Lebih daripada 2,500 bahan wangian digunakkan dalam minyak wangi dan juga rangkaian produk penjagaan peribadi atau penjagaan rumah. Ia kadang-kadang boleh menyebabkan kerengsaan kulit atau reaksi alahan. Contoh utama yang sering diuji termasuk cinnamal, geraniol dan eugenol 5.

Apakah simptom-simptom alahan wangian? 

Wangian boleh menyebabkan reaksi alergen udara yang biasa seperti mata gatal, bersin, dan asma yang semakin teruk. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai reaksi alahan kulit , serta sakit kepala pada sesetengah orang.

Apa yang boleh anda lakukan mengenai alahan kepada wangian

Wangian sukar dielakkan kerana penggunaannya yang meluas, tetapi langkah praktikal seperti pengudaraan yang baik semestinya dapat membantu. Pilih alternatif tanpa wangian semana yang mungkin. Untuk penjagaan kulit, kuncinya adalah untuk mendapatkan sumber produk bebas wangian yang boleh diterima dengan baik untuk rawan alahan kulit.

BETUL
ATAU SALAH

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
TIDAK PERNAH MENYEBABKAN ALAHAN.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Buah-buahan dan sayuran yang tertentu mempunyai sebatian yang tinggi yang dipanggil salisilat (berkaitan dengan ubat aspirin). Bagi individu yang sensitif terhadap salisilat, makanan yang kaya dengan sebatian ini boleh menyebabkan simptom alahan seperti demam alahan, asma, penyakit radang kulit dan reaksi kulit menjadi bertambah teruk.
Ketahui Lebih Lanjut

RESIPI KENDIRI ADALAH
DILARANG UNTUK KULIT SENSITIF.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Walaupun ia nampak seronok, menyelongkar almari dapur anda dan mencipta rawatan kulit anda sendiri adalah sebenarnya resipi untuk menambahkan lagi reaksi kulit khususnya bagi anda yang mempunyai kulit jenis alahan. Tidak dinafikan, banyak bahan semulajadi boleh menjadi sangat merengsakan.
Ketahui Lebih Lanjut

TIDAK MANDI ADALAH YANG TERBAIK
POLISI UNTUK ALAHAN KULIT.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Sekiranya anda tidak membersihkan diri di penghujung hari, anda membiarkan alergen dan bahan perengsa seperti debunga dan pencemaran bersentuhan dengan kulit anda sepanjang malam. Ia boleh menyebabkan fungsi penghadang kulit terganggu dan menyebabkan kerengsaan.
Ketahui Lebih Lanjut

BERUS SOLEKAN ANDA
BOLEH MEMBERIKAN ANDA ALAHAN.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Berus dan aplikator solekan boleh menjadi perangkap kepada habuk dan alahan, oleh itu ia perlulah dibasuh dengan kerap. Bersihkan berus anda dengan sabun hipoalergenik ataupun pembersih khas berus solekan untuk memastikan kesihatan terjamin.
Ketahui Lebih Lanjut
A question mark icon.

Adakah anda
tahu?

KAMI JUGA MEMPUNYAI
RANGKAIAN UNTUK ITU

TOLERIANE adalah produk rangkaian penjagaan yang direka untuk menghidrat, melegakan dan melindungi kulit yang sensitif dan kulit alahan.

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Piawaian keselamatan melebihi peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
ALAHAN DIUJI

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Essential Active Dose Product

YANG PENTING SAHAJA,
TEPAT PADA DOS AKTIF

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kolaborasi bersama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang diperlukan, dengan dos aktif yang tepat.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.

LIHAT SEMUA ARTIKEL
MENGENAI ALAHAN KULIT

placeholder KEMBALI KEPADA ASAS
INFO SELANJUTNYA
placeholder Adakah anda alah
terhadap tabiat harian anda?
INFO SELANJUTNYA
placeholder Menentukan Apakah Rutin Kecantikan Anda Memperburuk Alahan Kulit
INFO SELANJUTNYA