PULIHKAN KULIT DEHIDRAT BAGI MENGELAK PENGELUPASAN KULIT,
KULIT KETAT, DAN RUAM KULIT KERING

Article Read Duration 7 min dibaca

Faktor dalaman dan luaran boleh menyebabkan kulit anda kehilangan air dan dehidrasi, yang menyebabkan rasa ketat dan tidak selesa. Untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrat dengan optimum:

• Kerap memakai pelembap dengan krim yang mengandungi Thermal Spring Water.
• pastikan kulit ditutup pada waktu musim sejuk, dan gunakan pelindung matahari pada waktu musim panas.
• elakkan berendam dalam air dengan lama.
• hapuskan alergen daripada rumah anda.
• amalkan diet yang sihat.
• minum banyak air

SIMPTOM-SIMPTOM
KULIT KERING DAN SENSITIF

Bagaimana untuk mengenalpasti jika anda mempunyai kulit yang kering

Untuk menganalisis keadaan kulit kering, pakar dermatologi akan mencari tanda permukaan yang kelihatan seperti tompok kering, bersisik, kaku, kasar, atau ruam kulit kering. Serta gejala klinikal ini, kekeringan kulit boleh menyebabkan sensasi yang tidak selesa dan menyakitkan seperti ketegangan, kepedihan, dan kulit yang terasa panas . Kulit yang sangat kering boleh mencetuskan ketakutan "kitaran gatal-gatal": Kulit sensitif yang kering boleh menjadi gatal, jadi secara automatik anda pasti mahu menggarunya. Namun ini hanya akan membawa kelegaan sementara, dan pada masa yang sama mengaru akan merosakkan kulit anda. Lapisan pelindung kulit yang rosak akan membiarkan perengsa dan alergen menembusinya dengan lebih mudah. Ini akan menyebabkan kegatalan yang baru, dan dorongan yang lebih kuat untuk menggaru dan seterusnya memulakan kitaran ganas.

Penampilan dan sensasi yang disebabkan oleh kulit kering boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian. Ramai wanita yang menghidapi kulit kering mengatakan bahawa mereka mengelak dari memakai solekan; malah ada yang merasa kurang menarik dan hilang keyakinan pada diri mereka sendiri.

APAKAH PENYEBABKULIT KERING DAN SENSITIF?

Untuk memahami cara penjagaan untuk kulit kering, kita mestilah terlebih dahulu memahami penyebabnya

Kulit anda bertindak sebagai penghalang untuk melindunginya daripada persekitaran dunia yang teruk. Ia perlu memastikan tahap kelembapannya agar ia dapat melindungi diri daripada diserang oleh faktor luaran. Untuk kekal kenyal dan tidak rosak, kulit memerlukan kandungan air 10–15%. Apabila lapisan luar kulit anda– epidermis dan, kebanyakannya, lapisan kornea– kehilangan air, kulit anda menjadi kering. Sel kornea terpisah antara satu sama lain dengan lebih mudah, menyebabkan pendeskuamaan– juga dikenali sebagai pengelupasan kulit.

Proses biologi yang mendorong penyahhidratan kulit adalah kompleks, merangkumi kekurangan protein kulit yang disebut filaggrin, kekurangan lipid, kekurangan Faktor Pelembap Semula Jadi (NMF), kekurangan protein dan enzim yang bertanggungjawab untuk keratinisasi dan organisasi sel, dan penurunan filem hidrolipidik.

Terdapat banyak pencetus yang menjadikan kulit kering dan kusam menjadi lebih teruk Ada yang dari luaran, dan ada yang dari dalaman:

  1. Persekitaran – suhu rendah pada musim sejuk , suhu tinggi pada musim panas , angin, sinar ultraviolet dari matahari, dan persekitaran di dalam rumah yang dipanaskan atau berhawa dingin akan menggalakkan penyejatan air, seterusnya menyebabkan kulit kering.
  2. Alergen dan pencemar yang menyerang lapisan luar kulit anda, menjadikannya lebih mudah kehilangan air.
  3. Kerap atau berulan-kali bersentuhan dengan air boleh menyebabkan dehidrasi. Ini sering berlaku jika pekerjaan anda memerlukan anda mencuci atau kerap bersentuhan dengan air, contohnya jika anda seorang pendandan rambut atau jururawat.
  4. Bahan pelelas , seperti batu apung atau sarung tangan mandi, dan bahan kimia yang keras, seperti yang terdapat dalam produk pembersih rumah, semuanya boleh mempengaruhi fungsi penghadang kulit anda.
  5. Mengambil ubat-ubatan tertentu (misalnya retinoid atau kortikosteroid) dan penyakit radang kulit yang merebak secara tiba-tiba boleh menyebabkan kulit kering.
  6. Nutrisi amatlah penting dalam mengekalkan kulit yang sihat. Kekurangan asid lemak penting boleh merosakkan ketahanan kulit anda.
  7. Penuaan dan perubahan hormon juga mengurangkan komponen hidrofilik kulit (iaitu keupayaan kulit anda untuk membawa air).
  8. Dehidrasi menyebabkan kulit kering! Kedengaran seperti mudah, tetapi perlu dikatakan – kebanyakan kita tidak cukup minum air.

EFEKTIF
RAWATAN KULIT KERING

Langkah mudah untuk membantu kulit anda sentiasa terhidrat

Kulit anda mungkin mudah kering, jadi walaupun anda tidak dapat mengawal cuaca, berikut adalah beberapa langkah mudah yang dapat anda lakukan untuk melindungi kulit anda:

  • Cara terbaik untuk menguatkan kulit anda daripada keadaan yang teruk adalah dengan kerap melembapkannya secara berkala dengan pelembap hidrofilik, pelembap humectant yang membawa dan mengekalkan air di kulit anda, membantunya mengekalkan penghidratan yang optimum.
  • Pada musim sejuk, lindungi bahagian kulit terdedah dengan selendang dan sarung tangan. Pada musim panas, amalkan perlindungan selamat daripada cahaya matahari.
  • Di rumah atau pejabat anda, matikan pusat pemanasan dan buka tingkap dari semasa ke semasa. Jangan tidur dengan pemanasan atau penyaman udara terbiar buka. Sekiranya suasana di dalam rumah anda sangat kering, pertimbangkan untuk mendapatkan alat penyahlembap.
  • Hapuskan alergen seperti habuk dan hama habuk sekerap mungkin dengan memvakum permaidani dan perabot serta kerap membasuh tempat tidur. Pastikan rumah anda berhawa dingin dan bebas dari kulapuk. Pilih produk pembersih dan penjagaan kulit yang hipoalergenik.
  • Ambil masa mandi yang pendek, mengunakan air pancuran suam berbanding dengan mandi menggunakan air panas untuk masa yang lama. Sekiranya anda ingin berendam sekali-sekala, tambahkan minyak mandi emolien. Lembapkan kulit anda yang masih lembap dalam masa 10 minit selepas mandi.
  • Pakai sarung tangan getah semasa membersihkan atau mencuci pinggan-mangkuk. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa membasuh tangan gunakan pelembap krim tangan.
  • Gunakan skrub yang lembut – dan gunakannya secara sederhana.
  • Makan makanan sihat yang kaya dengan vitamin A, C, dan E dan asid lemak yang penting. Sekiranya kulit anda sangat kering, cuba pertimbangkan untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan selama dua bulan.
  • Minum air – sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.

JADIKAN HIDRASI PENJAGAAN KULIT
SATU TABIAT

Memupuk rutin melembap secara kerap untuk memastikan kulit anda lembut dan cerah

Tidak kira apa pun punca kulit kering anda, rutin penjagaan kulit yang berkhasiat, menghidratkan, dan perlindungan yang betul akan membantu mengembalikan kelembutan dan kecerahan kulit anda.

Terdapat banyak jenis produk penjagaan kulit: Produk hidrofilik membawa air ke dalam kulit, humektan menolong kulit menahan air, dan produk hidrofobik menghadkan penyejatan air dengan membuat salutan pada kulit permukaan. Ada baiknya untuk memilih produk yang berbeza untuk situasi, musim, dan waktu yang berbeza dalam sehari.

Untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi dengan optimum, biasakan rutin penjagaan menghidrasi kulit.

  • Pakai lembapan dua kali sehari, walaupun kadang-kadang anda merasa kulit anda tidak memerlukannya.
  • Selepas mandi dengan air pancuran atau mandi berendam, keringkan kulit dan sapukan pelembap pada wajah dan badan anda yang masih lembap dalam masa 10 minit.
  • Untuk mengelakkan kerosakan pada epidermis, gunakan alat pembersih solekan yang lembut seperti air micellar.
  • Pakai krim pelindung matahari setiap hari.
  • Semasa cuaca sejuk, gunakan krim penghalang yang kaya sehingga tahap ekstrim.
  • Bawa krim pelembap tangan dalam beg tangan anda.
  • Untuk kelegaan hidrasi cepat, sentiasa bawa setin La Roche-Posay Thermal Spring Water untuk kemudahan.

N.B. Lelaki tidak dikecualikan daripada mengalami kulit kering. Bukan sahaja mengikuti semua cadangan di atas, sentiasa mengunakkan pelembab setelah bercukur.

BETUL
ATAU SALAH

PRODUK ORGANIK ADALAH
YANG TERBAIK UNTUK KULIT SENSITIF.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Hanya kerana ia semula jadi tidak bermakna ia tidak akan menyebabkan ruam pada kulit yang sensitif. Sebenarnya, banyak ekstrak tumbuhan semula jadi dapat menimbulkan sensasi rasa pedih, terbakar dan menyengat. Bagi alergen, alam semulajadi penuh dengan mereka!
Ketahui Lebih Lanjut

PENDEDAHAN KEPADA CAHAYA MATAHARI BOLEH
MENINGKATKAN SENSITIVITI KULIT.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Matahari boleh mengancam kulit sensitif. Ini kerana sinar UV mencetuskan tekanan oksidatif dan keradangan di kulit, menyebabkan kemerahan dan ruam. Pastikan perlindungan UVA-UVB dan UVA dengan spektrum yang luas seperti yang tedapat dalam rangkaian ANTHELIOS menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian anda.
Ketahui Lebih Lanjut

MANDI LAMA DIBAWAH PANCURAN AIR PANAS
AKAN MEMBANTU MENENANGKAN KULIT SENSITIF SAYA.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Ia mungkin menenangkan otot anda setelah sibuk sepanjang hari, tetapi mandi panas atau berendam bukanlah pilihan yang baik untuk keadaan kulit sensitif. Sebaiknya pilih untuk mengunakan air yang suam-suam kuku sahaja.
Ketahui Lebih Lanjut
A question mark icon.

Adakah anda
tahu?

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
DIUJI ALAHAN

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Essential Active Dose Product

YANG PENTING SAHAJA,
PADA DOS AKTIF YANG TEPAT

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang diperlukan, dengan dos aktif yang tepat.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.