PUNCA KULIT SENSITIF:
DALAMAN DAN LUARAN

Article Read Duration 8 min dibaca

Sensitif terhadap kulit reaktif ditakrifkan sebagai sensasi yang tidak menyenangkan - terasa gatal, tegang, gatal, atau terbakar - kadang-kadang dikaitkan dengan kekeringan dan kemerahan. Hal ini disebabkan oleh kekurangan fungsi lapisan pelindung kulit (lapisan paling luar) dan hujung saraf terlalu sensitif yang memancarkan isyarat kesakitan sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang tidak berbahaya. Sebab mengapa perkara ini berlaku masih belum jelas, namun diketahui bahawa gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor pencetus dalaman dan luaran.


Punca dalaman:

• Perubahan suhu dan angin
• Pencemaran
• Matahari
• Bahan tambahan dalam kosmetik yang salah
• Serbuk pencuci
• Pembedahan

Punca luaran

• Makanan pedas
• Alkohol
• Ketaktoleranan gluten
• Perubahan hormon
• Tekanan atau emosi tidak stabil


Kepekaan kulit boleh dikawal dengan mengurangkan faktor-faktor ini sebaik mungkin (teruskan membaca untuk mengetahui caranya), digabungkan dengan rutin penjagaan kulit sensitif yang sesuai dengan menggunakan produk pakar daripada rangkaian TOLERIANE.

APA ITU
KULIT SENSITIF?

Sensitif terhadap kulit reaktif ditakrifkan sebagai sensasi yang tidak menyenangkan - terasa gatal, tegang, gatal atau terbakar - kadang-kadang dikaitkan dengan kekeringan dan kemerahan.. Sebarang jenis kulit sama ada kering, berminyak atau gabungan, boleh menjadi sensitif. Gejala sifat kulit sensitif boleh berlaku sepanjang masa atau disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran tertentu.

Adakah kulit anda sensitif, reaktif atau alah? Ketahuinya DI SINI.

APAKAH PUNCA
KULIT SENSITIF?

Kulit sensitif dianggap terjadi kerana hujung saraf terlalu sensitif di dalam kulit yang mula memancarkan isyarat kesakitan sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang tidak berbahaya. Sebab mengapa perkara ini berlaku masih belum jelas, namun diketahui bahawa gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor pencetus dalaman dan luaran. Teruskan membaca perbincangan mengenai semua punca utama kulit sensitif dan yang paling penting, cara mengelakkannya.

PENCETUS LUARAN
UNTUK KULIT SENSITIF

Gejala kulit sensitif boleh disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Mari lihat faktor luaran terlebih dahulu.

Perubahan suhu dan angin

Faktor luaran yang boleh mencetuskan kepekaan kulit termasuk haba, kesejukan dan angin. Hal ini kerana faktor-faktor ini menyebabkan perubahan suhu mendadak yang mencetuskan pembebasan molekul gatal iaitu histamine pada kulit. Hal ini menimbulkan sensasi mencucuk dan gatal yang merimaskan serta menyebabkan saluran darah mengembang lalu mengakibatkan kemerahan.

Apa yang boleh anda lakukan: Anda tidak boleh mengubah cuaca, tetapi anda boleh mengelakkan mandi dengan air yang terlalu panas, dan cuba matikan pemanasan berpusat pada musim sejuk dan pendingin hawa ketika musim panas. Untuk menguatkan pertahanan kulit anda, sapukan kulit dengan produk penjagaan yang melegakan.

Pencemaran

Satu daripada musuh utama kulit sensitif ialah pencemaran. Partikel halus yang dipanggil PM 2.5 (nama biasanya jelaga) melekat pada kulit lalu mencetuskan tindak balas berantai tekanan oksidatif, yang menyebabkan kerengsaan pada kulit. Partikel ini menguraikan penghadang yang melindungi permukaan, lalu menyebabkan kekeringan dan meningkatkan lagi kepekaan kulit terhadap perengsa luaran.

Apa yang boleh anda lakukan: Penyelesaian dermokosmetik yang paling maju kini terdapat dalam tekstur kalis pencemaran yang membantu menghalang debu perengsa daripada melekat pada kulit dan menyebabkan reaksi. Tanya ahli farmasi anda mengenai krim kalis pencemaran.

Matahari

Sinaran ultraungu dalam cahaya matahari mencetuskan tekanan oksidatif dan keradangan pada kulit yang boleh menyebabkan gejala yang tidak menyenangkan yang berkaitan dengan kulit sensitif. Umumnya, matahari juga merupakan “musuh kecantikan” yang menjadi satu daripada punca utama penuaan kulit dan juga jerawat.

Temui produk penjagaan anti penuaan yang sesuai untuk kulit yang paling sensitif dengan HYALU B5
EFFACLAR Duo(+) direka untuk kulit yang mudah berjerawat.

Apa yang boleh anda lakukan: Gabungkan produk pelindung matahari dengan SPF 30-50 yang dirumus khas untuk kulit sensitif ke dalam rutin penjagaan harian anda. ANTHELIOS Ultra ialah rumusan minimalis super lembut yang sangat selamat. Jadi anda boleh menggunakannya di sekitar mata yang lembut tanpa terasa mencucuk atau reaksi kulit.

Ketahui lebih lanjut tentang perlindungan UVA-UVB DI SINI.

Bahan tambahan dalam kosmetik

Banyak kosmetik tidak dicipta dengan mengambil kira kulit sensitif dan memasukkan semua jenis bahan yang mungkin “berbahaya” - pewarna, wangian, alkohol, lanolin… - yang boleh mencetuskan gejala kulit sensitif. Selain bahan tambahan, produk tertentu mengandungi bahan anti penuaan yang amat kasar seperti kepekatan asid hidroksi alfa (AHA) yang melampau, yang juga boleh menyebabkan kulit berasa lebih sensitif.

Apa yang boleh anda lakukan: Cari produk yang dirumus khas untuk melegakan dan menyokong kulit sensitif yang bersifat hipoalergenik, bebas daripada “bahan berbahaya” utama yang dinyatakan di atas dan diuji pada kulit jenis sensitif dan reaktif. Dengan penjagaan yang betul, kepekaan kulit dapat dikurangkan hari demi hari.

Klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan kulit bagi kulit sensitif.

Serbuk pencuci dan kulit sensitif

Losen dan posyen bukanlah satu-satunya benda yang menyentuh kulit sensitif anda: Begitu juga dengan pakaian, jadi kulit anda turut bersentuhan dengan sisa serbuk pencuci atau bahan pencuci. “ ”Bahan pencuci biologi mengandungi enzim yang boleh merengsakan kulit, manakala jenis yang lain adalah terlalu pekat dengan perengsa seperti natrium lauril sulfat yang menyingkirkan pertahanan kulit.

Apa yang boleh anda lakukan: Jika anda mempunyai kulit sensitif, pilihlah serbuk pencuci bukan biologi. Gunakan jumlah serbuk atau bahan pencuci yang diperlukan sahaja mengikut saiz muatan dan tahap kekotorannya. Akhir sekali, lakukan bilasan tambahan sebelum pakaian dikeringkan untuk menghilangkan sisa bahan pencuci. Jika anda mempunyai kulit kering dan gatal di badan anda, lindunginya dengan emolien yang melegakan seperti LIPIKAR Baume AP+ yang akan membantu meningkatkan pertahanannya. 

Kulit sensitif selepas pembedahan

Selepas pembedahan, anda mungkin mengalami luka pada kulit anda. Sementara sembuh, ia akan sangat sensitif terhadap sentuhan, malah tekanan ringan boleh menyebabkan ketidakselesaan yang teruk. Selepas pembedahan, kulit akan menjadi sensitif terhadap apa-apa sahaja kecuali produk penjagaan yang paling lembut.

Apa yang boleh anda lakukan: Pastikan luka anda sentiasa bersih dengan pembersih lembut yang direka khas untuk menyembuhkan luka. Minta cadangan daripada ahli farmasi anda. Untuk membantu mengurangkan kepekaan kulit anda selepas pembedahan hari demi hari, gunakan krim parut pro-penyembuhan yang disapu beberapa kali sehari berserta urutan. Langkah ini akan mengoptimumkan penyembuhan parut anda. Sekali lagi, minta ahli farmasi anda untuk mengesyorkan krim atau gel parut yang bagus.

PUNCA DALAMAN
KULIT SENSITIF

Sekarang mari kita lihat faktor dalaman yang boleh menyebabkan gejala kulit sensitif.

Makanan pedas

Pernah perasan bahawa hidangan yang sangat pedas juga boleh menaikkan haba pada kulit anda? Hal ini bukan satu kebetulan: bahan yang dipanggil kapsaisin dalam makanan pedas boleh mencetuskan reseptor kerengsaan pada kulit dan menyebabkan gejala kulit sensitif yang lazim ini. Ramai orang turut mendapati bahawa kulit mereka kemerahan selepas makan makanan sebegini.

Apa yang boleh anda lakukan: Walaupun enak, hidangan yang amat pedas sepatutnya dielakkan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif dan reaktif. Jika anda ingin menikmati makanan India, apa kata pilih masak kurma sederhana pedas? 

Gejala ketaktoleranan gluten pada kulit

Ketaktoleranan gluten boleh menjejaskan kulit anda. Dalam kes yang ekstrem , ia dikaitkan dengan ruam melepuh yang merebak yang disebut dermatitis herpetiformis. Beberapa penyakit kulit lain seperti psoriasis juga menunjukkan peningkatan dengan diet bebas gluten. Gluten bukanlah punca lazim kulit sensitif, tetapi ia perlu dipertimbangkan jika gejala anda timbul selepas makan roti, pasta atau makanan lain yang mengandungi gluten.

Apa yang boleh anda lakukan: Sekiranya gluten ialah pencetus kulit sensitif anda, sebaiknya cuba diet bebas gluten. Anda harus membiasakan diri memeriksa label produk makanan untuk melihat kandungan gluten, namun perubahan utama adalah menyingkirkan bijirin seperti gandum, barli dan rai daripada diet anda.

Perubahan hormon

Ramai wanita mendapati bahawa gejala kulit sensitif adalah disebabkan oleh naik turun hormon seperti kitaran haid atau peringkat perimenopaus dalam hidup mereka. Perubahan hormon terutamanya cenderung memburukkan lagi kemerahan kulit.

Apa yang boleh anda lakukan: Jika kemerahan ialah masalahnya, tindakan pertama adalah menyemburkan kulit anda dengan Thermal Spring Water yang melegakan secara semula jadi, antiradang dan antioksida. Pastikan juga rutin penjagaan kulit sensitif anda adalah betul. Minta ahli farmasi anda untuk mengesyorkan produk yang direka khusus bagi kulit sensitif dengan bahan aktif anti kemerahan.

Tekanan atau emosi tidak stabil

Bagi sesetengah orang, tekanan dan emosi tidak stabil boleh menjadi faktor pencetus untuk kulit sensitif. Apabila anda gelabah, hujung saraf pada kulit anda mula memancarkan isyarat kesakitan dan saluran darah di muka dan leher mengembang, lalu menyebabkan kemerahan yang dapat dilihat serta menjadikan muka dan leher berasa panas.

Apa yang boleh anda lakukan: Jika kulit anda berasa tidak selesa atau mengalami kemerahan dalam keadaan yang amat tertekan, langkah pertama anda adalah cuba mengawal tekanan anda. Satu teknik yang terbukti membantu dalam keadaan ini ialah Kesedaran Minda: Tumpukan fikiran anda pada masa sekarang dan selami minda anda secara terpisah dan tanpa menghakimi.

Kesedaran minda ketika mesyuarat dalam tekanan yang tinggi atau ketika mengejar anak kecil sememangnya mencabar! Mujurlah, anda boleh merawat dan mengurangkan kepekaan kulit hari demi hari dengan penjagaan kulit yang betul seperti  TOLERIANE Ultra Light, yang menggunakan lipid untuk memulihkan lapisan penghadang kulit. Hasilnya? Kepekaan kulit semakin berkurang dan kulit anda menjadi lebih berdaya tahan terhadap kesan tekanan.

Klik DI SINI bagi rutin penjagaan kulit yang lengkap untuk kulit sensitif.

1A. Green et al. Evening light exposure to computer screens disrupts human sleep, biological rhythms, and attention abilities. Chronobiology International. Vol. 34, May 26, 2017, p. 855. doi: 10.1080/07420528.2017.1324878

BENAR
ATAU PALSU

MAKANAN PEDAS DAPAT
MENCETUSKAN KULIT SENSITIF.

BENAR An illustration of a correct answer to a question.

Sekiranya saluran dinding darah anda menjadi lemah, faktor luaran tertentu seperti memakan rempah, mandi dengan air panas, atau terlalu banyak pemanasan pusat boleh mencetuskan kemerahan wajah dan kulit sensitif
Ketahui Lebih Lanjut

MENGHASILKAN PENAWAR SEMULAJADI
RAWATAN YANG BAIK UNTUK KULIT YANG SENSITIF.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Walaupun lazat, kandungan dalam peti sejuk atau almari dapur anda sebenarnya boleh membahayakan kulit sensitif anda. Penawar semula jadi atau kendiri mengunakan bahan seperti madu, oatmeal, buah avocado dan masker daripada coklat adalah lebih baik dihindari kerana berpotensi mengandungi alergen dan perengsa. Sebaliknya, carilah rawatan dan penyelesaian kulit daripada pakar.
Ketahui Lebih Lanjut

KULIT SENSITIF KEBIASAANNYA
TAMPAK BERLAINAN.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Salah satu perkara yang mengecewakan mengenai kulit sensitif adalah walaupun gejala anda mengganggu anda, doktor akan sering mengatakan kulit itu "normal" kerana ia tidak menunjukkan tanda-tanda yang ketara. Tetapi pakar dermatologi mengenali ciri-ciri kulit sensitif dan akan mengesyorkan rawatan khusus untuk kulit sensitif atau hipersensitif.
Ketahui Lebih Lanjut
A question mark icon.

Adakah anda
tahu?

KAMI JUGA MEMPUNYAI
RANGKAIAN UNTUK TUJUAN ITU

TOLERIANE ialah produk rangkaian penjagaan yang direka untuk menghidrat, melegakan dan melindungi kulit yang sensitif dan kulit alahan.

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
DIUJI ALAHAN

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.
Safety Commitment Essential Active Dose Product

HANYA YANG PERLU,
DENGAN DOS AKTIF YANG TEPAT

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang perlu dengan dos aktif yang betul.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF 

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.