CARA MEMBERSIH DAN MENJAGA

KULIT BERMINYAK, MUDAH BERJERAWAT

Article Read Duration 5 min dibaca

Sebilangan besar daripada kita akan mengalami kulit berminyak yang disebabkan oleh pengeluaran sebum berlebihan pada suatu masa dalam kehidupan kita. Adalah penting untuk mengetahui cara merawat kulit berminyak bagi mengelakkan bintik hitam (komedon), bintik putih dan bentuk jerawat lain: 

  • Gunakan pembersih lembut seperti air misel atau susu pembersih
  • Hidratkan dengan pelembap bebas minyak berserta bahan aktif pengawal sebum
  • Pilih solekan berasaskan air, bukan komedogenik
  • Sentiasa tanggalkan solekan secara menyeluruh di penghujung hari
  • Makan makanan seimbang yang sihat serta rendah karbohidrat, gula dan tenusu yang diproses

APAKAH ITU
KULIT BERMINYAK?

Kulit berminyak adalah lebihan sebum yang biasanya muncul sebagai tompok berkilau pada bahagian tengah muka terutamanya dahi dan hidung. Pori-pori kulit melebar dan kulit menjadi lebih tebal. Dalam kes yang paling teruk, lapisan berminyak boleh dilihat ketika menyentuh kulit. Kulit berminyak juga boleh terjadi pada kulit kepala dan menyebabkan rambut anda terasa berminyak dan melekit.

Peranan sebum adalah untuk melindungi kulit daripada kering. Secara paradoks, kulit berminyak sering menjadi berkelupas di permukaan, kadangkala menyebabkan iritasi di bahagian tengah muka dan/atau di kulit kepala.

APAKAH PUNCA
KULIT BERMINYAK?

Bolehkah kulit berminyak membawa kepada gejala jerawat?

Kulit berminyak adalah biasa, terutamanya pada muka dan kulit kepala. Ia berlaku apabila kelenjar sebum kulit bekerja lebih masa dan menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Berita baiknya ialah orang yang mempunyai kulit berminyak cenderung untuk mendapat kedutan yang sedikit dalam jangka panjang. Berita buruknya pula ialah ia boleh mewujudkan keadaan yang sempurna untuk bintik hitam, bintik putih dan gejala jerawat yang lain.

PUNCA UTAMA
KULIT BERMINYAK

Hormon

Perubahan hormon boleh merangsang peningkatan pengeluaran sebum. Hormon akan naik dan turun semasa akil baligh, sebelum haid, semasa kehamilan dan ketika menopaus. Stres atau penyakit juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, mengakibatkan kulit berminyak dan berjerawat.

Diet

Pengambilan lemak trans, karbohidrat, gula dan makanan tenusu yang diproses dalam jumlah berlebihan boleh mencetuskan jerawat. Makan makanan yang seimbang dari keseluruhan makanan baik bukan hanya untuk kulit anda tetapi juga kesihatan anda secara keseluruhan.

Iklim

Cuaca panas dan lembap boleh merangsang pengeluaran sebum. Oleh itu, kulit anda cenderung menjadi lebih berminyak pada bulan-bulan musim panas.

Genetik

Ramai orang dilahirkan dengan kecenderungan untuk menghasilkan sebum yang lebih banyak. Kelemahannya adalah kulit berminyak. Kelebihannya ialah kulit anda lebih tebal dan tidak mudah berkedut!

Mencuci secara berlebihan

Semakin banyak anda menggosok dan menanggalkan sebum semula jadi kulit anda, semakin banyak yang akan dihasilkan untuk mengembalikan keseimbangan.

Kosmetik

Solekan berasaskan minyak akan menyekat pori anda, menambah kesan kilauan dan mungkin menyebabkan jerawat. Produk kesat boleh merosakkan kulit anda, mencetuskan peningkatan pengeluaran sebum.

Ubat

Sebahagian ubat preskripsi menyebabkan dehidrasi. Kulit anda akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi.

CARA PENJAGAAN TERBAIK
UNTUK KULIT BERMINYAK

Bersihkan wajah anda setiap pagi dan petang serta sebelum dan selepas bersenam

Lebihan minyak berkecenderungan memerangkap kotoran dan bakteria di dalam pori anda. Maka, adalah penting untuk membersihkan kulit serta menanggalkan solekan di akhir hari. Sebum juga akan bertambah semasa anda tidur. Jadi, bersihkan muka pada waktu pagi. Akhir sekali, walaupun bersenam baik untuk kulit anda, sel-sel kulit mati, bakteria dan kotoran boleh berkumpul semasa anda berada di gim yang membawa kepada 'jerawat senaman'. Tanggalkan solekan anda sebelum bersenam dan bersihkan wajah serta badan anda setelah selesai.

Bersikap lembut dengan kulit anda

Kita mudah untuk menyental kulit berminyak menggunakan sabun berbuih. Tetapi jangan lakukannya! Adakah anda tahu bahawa semakin kuat anda cuba mengeluarkan minyak, semakin banyak sebum yang akan dihasilkan oleh kulit anda untuk menggantikannya? Oleh itu, adalah penting untuk menggunakan produk yang diformulasikan untuk jenis kulit berminyak anda dan elakkan daripada menggunakan sesuatu yang kesat atau kasar. Untuk aktiviti penjagaan kulit anti-jerawat yang berkesan, cari pembersih yang lembut dan tidak mengandungi minyak atau alkohol.

Air misel kebanyakannya dicipta khusus untuk mengurangkan pengeluaran sebum seperti EFFACLAR Micellar Water. Pembersih berbuih tidak dilarang, asalkan diformulasikan untuk menghilangkan sebum dan kekotoran berlebihan dari kulit berminyak serta mudah berjerawat seperti EFFACLAR Purifying Foaming Gel. Selepas pembersihan, tepuk untuk mengeringkan muka anda dengan tuala yang lembut dan bersih.

Lembapkan (ya!) dan kurangkan minyak kulit anda

Bukankan penggunaan pelembap hanya akan menjadikan kulit saya lebih berminyak? Salah. Menggunakan pelembap bebas minyak akan membantu melindungi dan menghidratkan kulit anda. Kulit terhidrat tidak sama dengan kulit berminyak. Apakah perbezaannya? Kulit terhidrat mempunyai kandungan air yang tinggi, sedangkan kulit berminyak dipenuhi dengan minyak atau lipid. Pelembap yang betul untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat akan meningkatkan kandungan air kulit yang sebenarnya mengurangkan jumlah sebum yang dihasilkan oleh kulit anda. Oleh itu, sertakan pelembap yang berkualiti dalam rutin harian anda dan ingat bahawa pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak mempunyai kesan mengurangkan minyak. Pilihan yang ideal untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat adalah EFFACLAR Mat atau krim rawatan jerawat khas seperti EFFACLAR Duo (+).

Pilih produk kosmetik dan penjagaan kulit yang sesuai

Adalah penting untuk memilih pembersih, pelembap dan pelindung suria yang diformulasi khas untuk merawat jenis kulit berminyak. Cari perkataan 'bebas minyak' atau 'bukan komedogenik'. Ini bermaksud produk tidak akan menyumbat pori dan menyebabkan jerawat. Wanita yang mempunyai kulit berminyak sering menghadapi masalah dengan solekan. Sebilangan solekan boleh menjadi kesat pada kulit dan menyebabkannya penghasilan lebih banyak sebum dengan kemungkinan mencetuskan jerawat. Pilih solekan yang dicipta khas untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat. 

Makan dengan sempurna

Yang menariknya, makanan berminyak tidak menyebabkan kulit berminyak. Malah, pengambilan ikan berminyak boleh memberi kesan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, terdapat bukti bahawa pengambilan tenusu dan makanan berindeks glisemik yang tinggi (seperti tepung putih atau gula) boleh menyebabkan jerawat. Untuk kesihatan kulit yang optimum, makan makanan yang seimbang dan kaya dengan buah, sayur-sayuran serta makanan berserat tinggi.

Klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjagaan kulit pakar untuk jerawat.

Untuk maklumat mengenai cara jerawat berfungsi, klik DI SINI.

Artikel ini bertujuan sebagai maklumat umum sahaja. Anda harus berbincang dengan doktor kulit anda untuk maklumat lebih lanjut mengenai rawatan jerawat. 

BETUL
ATAU PALSU

MAKANAN BERMINYAK
BERSAMAAN KULIT BERMINYAK.

SALAH An illustration of a correct answer to a question.

Mitos jerawat yang biasa ialah minyak di pinggan anda menjadikan lebih banyak minyak di pori. Namun, tiada langsung kaitan antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan lemak tidak tepu boleh mencetuskan keradangan mikro di semua organ tubuh, termasuk kulit. Secara ringkasnya, ayam goreng dan kerepek tidak akan menyebabkan jerawat tetapi kesederhanaan adalah dasar yang terbaik untuk kesihatan keseluruhannya.
Ketahui Lebih Lanjut

COKLAT TIDAK BAIK
UNTUK KULIT YANG MUDAH MENDAPAT JERAWAT.

SALAH An illustration of a correct answer to a question.

Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa coklat mempunyai kesan pada jerawat. Walaupun setiap orang itu berbeza, masalah jerawat boleh berlaku pada sebahagian orang. Coklat hitam sebenarnya dipenuhi dengan antioksidan yang sesuai untuk kulit!
Ketahui Lebih Lanjut

MEMICIT JERAWAT AKAN
MEMBURUKKAN KEADAAN.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Sekalipun kelihatan seperti satu kaedah pembaikan yang cepat, memicit jerawat sebenarnya akan memburukkan lagi kulit yang mudah berjerawat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut yang dijangkiti serta meningkatkan keradangan. Anda juga boleh menimbulkan jangkitan baharu melalui kuku anda. Oleh itu, memicit jerawat adalah tabiat berbahaya dan perlu dielakkan!
Ketahui Lebih Lanjut

GULA BOLEH
MEMBURUKKAN JERAWAT.

BETUL An illustration of a correct answer to a question.

Kajian terkini menunjukkan bahawa makanan dengan Indeks Glisemik yang tinggi - makanan yang menyebabkan gula darah melonjak - boleh membuat jerawat menjadi lebih teruk. Kami tahu, berkata-berkata itu lebih mudah daripada melakukannya tetapi untuk menjaga kesihatan kulit anda, jauhi gula-gula, minuman bergula dan makanan yang diperbuat daripada tepung putih serta sila ambil makanan berserat tinggi seperti bijirin dan kekacang.
Ketahui Lebih Lanjut
A question mark icon.

Adakah anda
tahu?

KAMI JUGA MEMPUNYAI
RANGKAIAN UNTUK ITU

EFFACLAR ialah rangkaian penyelesaian anti-ketidaksempurnaan lengkap yang mensasarkan semua peringkat kitaran hidup ketidaksempurnaan dengan keberkesanan yang tinggi, sambil memastikan tolerans yang sempurna.

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
ALAHAN DIUJI

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.
Safety Commitment Essential Active Dose Product

YANG PENTING SAHAJA,
PADA DOS AKTIF YANG TEPAT

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama ahli dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang diperlukan, dengan dos aktif yang tepat.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.