RAWATAN JERAWAT:
BOLEHKAH TIDUR MEMPERBAIKI KULIT YANG MUDAH ROSAK?

Article Read Duration 4 min dibaca

Semasa tidur, badan anda memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat:
• Makan lebih awal
• Padamkan skrin sejam sebelum tidur
• Ikuti aktiviti pembersihan setiap malam
• Sapukan rawatan jerawat bersasar sebelum tidur
• Tukar cadar kamar tidur secara kerap
• Tidur selama 8 jam setiap malam

BAGAIMANA TIDUR YANG SEMPURNA
MEMBANTU MENCEGAH JERAWAT

‘ Tidur sememangnya bukan suatu mitos

Pergi ke tempat kerja, gimnasium, bersosial, menghabiskan masa berkualiti untuk memasak dan bersama keluarga…sebenarnya, masa yang ada dalam sehari tidak mencukupi! Dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan, ramai di antara kita memulakan hari lebih awal dan mengakhirinya lebih lambat. Namun, adakah dengan mengurangkan tidur lewat dapat membantu membaiki kulit kita, mencegah dan menghilangkan jerawat?

TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI BOLEH MENINGKATKAN HORMON STRES
DAN KERADANGAN

Tidur yang tidak mencukupi atau yang terganggu boleh menyebabkan peningkatan hormon stres.



Sekiranya anda mengalami tidur malam yang tertekan, badan anda akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun.
Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.

Tidur adalah masa untuk seluruh badan anda menjana semula - termasuklah kulit. Apabila anda tidur lebih lama, anda meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.

CARA MENJADIKAN TIDUR SEBAHAGIAN DARIPADA
AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN UNTUK KULIT YANG MUDAH BERJERAWAT

5 langkah untuk malam yang merehatkan

Sekiranya kunci untuk kulit yang cantik dan bebas dari kerosakan adalah tidur malam yang sempurna, bagaimanakah anda boleh mendapatkannya?

1. Makan lebih awal

Pastikan anda tidak makan makanan yang banyak apabila hampir waktu tidur. Makanan berat dan tiadanya aktiviti menyukarkan badan anda memproses makanan dan boleh menyebabkan masalah pencernaan serta tidur yang terganggu. Makanan terakhir anda dalam satu hari hendaklah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

2. Jangan melihat skrin sebelum tidur

Penyelidikan1 menunjukkan bahawa cahaya biru dari telefon bimbit, komputer dan skrin TV mengganggu ritma sirkadian, atau "jam tubuh" dan sekaligus menyebabkan tidur terganggu. Ditambah pula dengan menonton filem, mengadakan perbincangan di media sosial atau membalas e-mel, kesemuanya ini membuatkan otak anda sentiasa peka ketika ia benar-benar memerlukan rehat. Oleh itu, padamkan skrin anda sejam sebelum tidur dan lakukan sesuatu yang lebih menenangkan sebelum anda melelapkan mata.

3. Benarkan rawatan jerawat anda bertindak semalaman

Manjakan kulit sebelum tidur. Bersihkan kulit anda dengan sempurna menggunakan pencuci muka untuk kulit mudah berjerawat dan pembersih pori, kemudian tepuk pelembap khas. Gunakan masker jerawat pembersihan mendalam sekali atau dua kali seminggu. Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk beberapa rawatan jerawat bertindak. Sapukan losyen jerawat anda setelah membersih dan melembapkan untuk keajaiban semalaman.

Retinol adalah bahan yang semakin popular dalam penjagaan kulit yang mudah rosak. Ia berfungsi dengan memperbaharui sel kulit dan mengetatkan pori. Penggunaan pada waktu malam adalah disyorkan kerana pembaharuan sel paling kuat berlaku ketika anda tidur. Kulit baharu yang terbentuk adalah lembut dan lemah terhadap sinaran suria. Maka, jangan lupa untuk menggunakan SPF harian semasa menggunakan produk retinol.

4. Tukar sarung bantal anda secara kerap

Sarung bantal – selain berus solekan, kain pencuci dan tuala – boleh mengumpul kotoran, minyak serta mikrob. Ia dipindahkan ke kulit anda dan boleh menyebabkan pori tersumbat dan masalah kulit yang baharu. Pastikan anda membersihkan kulit sebelum tidur dan menukar sarung bantal sekurang-kurangnya dua kali seminggu, jika anda mempunyai kulit yang mudah rosak.

5. Panjangkan waktu tidur anda

Sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa tempoh waktu tidur yang sesuai adalah antara tujuh hingga sembilan jam. Pada jam berapakah anda perlu bangun untuk mendapatkan sarapan yang baik, memakai pakaian dan bergerak ke tempat kerja? Hitung ke belakang dari situ untuk mengetahui pada jam berapa anda perlu mula tidur dan kemudian tambahkan 30 minit masa berhenti. Oleh itu, jika anda perlu bangun pada pukul 7 pagi, anda perlu tidur pada pukul 10.30 malam.

PRODUK HEBAT UNTUK AKTIVITI PENJAGAAN KULIT YANG MUDAH BERJERAWAT

Untuk membantu menghilangkan jerawat, rutin pembersihan setiap malam adalah sangat digalakkan. Makmal La Roche-Posay berbangga dengan penciptaan produk yang diformulasikan khas untuk rawatan kulit berminyak dan mudah rosak.

  • EFFACLAR Purifying Foaming Gel adalah gel berbuih dan mudah dibilas. Pembersih ini diperkaya dengan asid salisilik bagi mengawal sebum untuk kulit yang dibersihkan.
  • EFFACLAR K (+) adalah antioksidan, pelembap penghidratan yang berfungsi mengawal sebum, kilat serta membuka pori yang menjadikannya rawatan jerawat dewasa yang ideal.
  • EFFACLAR Duo (+) adalah rawatan jerawat remaja yang komprehensif dengan bahan aktif yang membuka pori, antibakteria dan mengawal sebum.

Temui lebih banyak produk La Roche-Posay untuk merawat kulit anda yang mudah rosak.

1A. Green et al. Evening light exposure to computer screens disrupts human sleep, biological rhythms, and attention abilities. Chronobiology International. Vol. 34, May 26, 2017, p. 855. doi: 10.1080/07420528.2017.1324878

BENAR
ATAU PALSU

MAKANAN BERMINYAK
BERSAMAAN KULIT BERMINYAK.

PALSU An illustration of a correct answer to a question.

Mitos jerawat yang biasa ialah minyak di pinggan anda menjadikan lebih banyak minyak di pori. Namun, tiada langsung kaitan antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan lemak tidak tepu boleh mencetuskan keradangan mikro di semua organ tubuh, termasuk kulit. Secara ringkasnya, ayam goreng dan kerepek tidak akan menyebabkan jerawat tetapi kesederhanaan adalah dasar yang terbaik untuk kesihatan keseluruhannya.
Ketahui Lebih Lanjut

COKLAT TIDAK BAIK
UNTUK KULIT YANG MUDAH MENDAPAT JERAWAT.

PALSU An illustration of a correct answer to a question.

Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa coklat mempunyai kesan pada jerawat. Walaupun setiap orang itu berbeza, masalah jerawat boleh berlaku pada sebahagian orang. Coklat hitam sebenarnya dipenuhi dengan antioksidan yang sesuai untuk kulit!
Ketahui Lebih Lanjut

MEMICIT JERAWAT AKAN
MEMBURUKKAN KEADAAN.

BENAR An illustration of a correct answer to a question.

Sekalipun kelihatan seperti satu kaedah pembaikan yang cepat, memicit jerawat sebenarnya akan memburukkan lagi kulit yang mudah berjerawat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut yang dijangkiti serta meningkatkan keradangan. Anda juga boleh menimbulkan jangkitan baharu melalui kuku anda. Oleh itu, memicit jerawat adalah tabiat berbahaya dan perlu dielakkan!
Ketahui Lebih Lanjut

GULA BOLEH
MEMBURUKKAN JERAWAT.

BENAR An illustration of a correct answer to a question.

Kajian terkini menunjukkan bahawa makanan dengan Indeks Glisemik yang tinggi - makanan yang menyebabkan gula darah melonjak - boleh membuat jerawat menjadi lebih teruk. Kami tahu, berkata-berkata itu lebih mudah daripada melakukannya tetapi untuk menjaga kesihatan kulit anda, jauhi gula-gula, minuman bergula dan makanan yang diperbuat daripada tepung putih serta sila ambil makanan berserat tinggi seperti bijirin dan kekacang.
Ketahui Lebih Lanjut

KAMI JUGA MEMPUNYAI
RANGKAIAN UNTUK TUJUAN ITU

EFFACLAR adalah rangkaian penyelesaian anti-ketidaksempurnaan lengkap yang mensasarkan semua peringkat kitaran hidup ketidaksempurnaan dengan keberkesanan yang tinggi, sambil memastikan tolerans yang sempurna.

KOMITMEN
KESELAMATAN KAMI

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
DIUJI ALAHAN

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.
Safety Commitment Essential Active Dose Product

HANYA YANG PERLU,DENGAN DOS AKTIF YANG BETUL

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang perlu dengan dos aktif yang betul.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF 

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.