CARA MENGHILANGKAN
JERAWAT
Rutin penjagaan kulit harian yang betul dapat membantu anda melawan jerawat. Ikuti 3 langkah mudah ini:
1. Bersihkan kulit dengan lembut dua kali sehari menggunakan gel pembersih berbuih lembut yang membersih tanpa mengikis kulit.
2. Gunakan krim rawatan kulit yang benar-benar berkesan. Tanyakan kepada ahli farmasi anda mengenai produk dengan bahan aktif seperti asid salisilik, niasinamida dan piroctone olamine.
3. Sekiranya anda menghadapi masalah, jangan ragu-ragu untuk berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi.
Teruskan membaca untuk mengetahui secara terperinci tentang rawatan jerawat yang berkesan dan maklumat mengenai cara menghilangkan parut jerawat.
CARA MENGHILANGKAN
PARUT JERAWAT
Parut jerawat memang sukar. Ia disebabkan oleh keradangan teruk yang merosakkan struktur sokongan kulit sehingga menyebabkan parut "atropik" berlubang. Setelah terbentuk, parut jerawat sukar dirawat.
Klik DI SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menghilangkan parut dan tanda/bekas jerawat
Untuk masalah parut jerawat, pencegahan lebih baik daripada penyembuhan. Maka, gunakan petua penjagaan kulit di atas untuk menghentikan pembentukan parut jerawat dari awal.
JERAWAT TERUK?
ANDA HARUS BERJUMPA PAKAR DERMATOLOGI
Untuk menghilangkan jerawat yang teruk seperti jerawat "sistik" (benjolan menyakitkan, dalam dan keras di bawah kulit) yang berisiko membentuk parut jerawat, pertimbangkan untuk berjumpa doktor atau pakar kulit anda. Beliau boleh mengesyorkan rutin penjagaan kulit yang sesuai untuk anda.
Klik DI SINI untuk gambaran keseluruhan bagaimana jerawat dan kulit berminyak berfungsi.