Alahan matahari: gejala, punca
dan cara menanganinya
Dalam alahan matahari, atau “letusan cahay polimorf”, muncul ruam lebam merah yang gatal pada kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari yang sekata. Amalkan petua bijak ini untuk menangani alahan matahari:
• Elakkan berjemur antara 12:00 hingga 16:00.
• Pakai pakaian pelindung seperti topi, cermin mata hitam, kemeja-T lengan panjang dan sebagainya.
• Gunakan krim pelindung matahari dengan faktor perlindungan yang sangat tinggi (SPF 50+) dan perlindungan anti-UVB dan anti-UVA spektrum luas.
• Pastikan pelindung suria anda melindungi daripada UVA panjang.
• Pastikan pelindung suria anda dicipta untuk kulit sensitif, reaktif dan mudah alah untuk mengelakkan reaksi kulit.
• Sapukan semula pelindung suria anda setiap 2 jam.
APA ITU ALAHAN MATAHARI?
Alergi matahari ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana kulit mengalami ruam selepas terdedah kepada cahaya matahari. Doktor masih tidak memahami sepenuhnya punca yang menyebabkan alahan matahari, tetapi dianggap bahawa sinar UV mengubah zat pada kulit, yang mencetuskan tindak balas sistem imun, lalu menyebabkan keradangan kulit (kemerahan, rosak, gatal-gatal…).
Setakat ini, jenis alahan matahari yang paling lazim dipanggil letusan cahaya polimorf (juga dikenali sebagai letusan cahaya musim panas benigna). Teruskan membaca butiran gejala alahan matahari, pelbagai jenis ruam alahan matahari yang perlu diperhatikan dan yang paling penting, apa yang harus dilakukan! Makluman awal: Kuncinya adalah mengetahui pelindung suria yang harus dipilih untuk mencegah masalah ini daripada berlaku.
GEJALA ALAHAN MATAHARI
Bagaimanakah rupa ruam alahan matahari?
Alergi matahari sering merujuk kepada keadaan yang dikenali sebagai letusan cahaya polimorf. “Polimorf” bermaksud sesuatu yang mempunyai banyak bentuk. Ini bermaksud terdapat beberapa jenis ruam alahan matahari:
- Gejala yang paling lazim datang dalam bentuk bintik-bintik kecil, merah dan gatal. Bintik ini sering muncul di garis leher, bahu, lengan dan kaki serta kekura kaki. Muka selalunya tidak terjejas. Ia biasanya muncul 12 jam selepas terdedah kepada cahaya matahari.
- Sesetengah orang mengalami lepuh yang kemudiannya membentuk tompok merah yang kering (sama seperti penyakit radang kulit).
- Jarang-jarang berlaku di mana tompok merah kelihatan seperti sasaran atau titik tengah baling damak1.
APAKAH PUNCA
ALAHAN MATAHARI?
Mengapakah saya mendapat alahan matahari?
Alahan cahaya matahari atau letusan cahaya polimorf berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari, terutamanya sinar UVA.
Siapakah yang mendapat alahan matahari?
Letusan cahaya polimorf lebih biasa berlaku dalam:
- Wanita berusia antara 15 hingga 35 tahun, namun sesiapa sahaja boleh mendapat alahan matahari.
- Orang berkulit cerah, walaupun orang dengan fototaip gelap (warna kulit) juga boleh mengalaminya.
- Orang yang ahli keluarganya juga mempunyai alahan matahari (ia dianggap genetik dan diwarisi dalam keluarga).
Punca alahan matahari yang boleh dielakkan
Ubat tertentu seperti antibiotik tetrasiklin boleh menyebabkan alahan matahari. Sesetengah kes alahan matahari yang disebabkan oleh kulit datang daripada persentuhan dengan bahan tertentu sebelum terdedah kepada cahaya matahari; antara puncanya ialah wangian dan juga jus limau. Malah, para doktor telah memberikan istilah “Margarita rash” bagi alahan matahari yang disebabkan oleh jus limau! Akan tetapi, punca utama alahan matahari ialah sinar matahari itu sendiri, terutamanya sinar UVA. Jadi, itulah sebabnya pelindung suria yang betul merupakan penyelesaian yang paling utama. Teruskan membaca butirannya…
RAWATAN
ALAHAN MATAHARI
Rawatan utama bagi alahan matahari ialah pencegahan. Maksudnya, hadkan pendedahan cahaya matahari dengan tabiat perlindungan matahari yang bijak dan pelindung suria yang betul untuk mengelakkan alahan matahari. Untuk mengelakkan alahan matahari, amalkan petua mudah ini:
- Elakkan berjemur antara jam 12:00 ke 16:00.
- Pakai pakaian pelindung seperti topi, cermin mata hitam, kemeja-T lengan panjang, dan sebagainya
- Gunakan krim perlindungan dengan faktor perlindungan yang amat tinggi (SPF 50+) dan perlindungan anti-UVB dan anti-UVA spektrum luas.
- Pastikan pelindung suria anda melindungi daripada UVA panjang.
- Pastikan pelindung suria anda dicipta untuk kulit mudah alah, sensitif dan reaktif bagi mengelakkan reaksi kulit.
- Sapukan semula pelindung suria yang sesuai setiap dua jam.
MENCARI PELINDUNG SURIA
YANG BETUL
APAKAH PELINDUNG SURIA YANG PATUT SAYA GUNAKAN UNTUK ALERGI MATAHARI?
Jika anda mudah mendapat sebarang bentuk alahan matahari, anda perlu mencari pelindung suria yang betul. Jenama rakan kongsi pakar dermatologi, La Roche-Posay mengembangkan produk penjagaan matahari untuk orang yang mudah mengalami keadaan kulit seperti alahan matahari.
ANTHELIOS Invisible Fluid SPF50+ ialah pelindung suria pertama dengan perlindungan UVA + UVB spektrum luas yang tinggi untuk mengehadkan ketidakselesaan akibat UV. Krim ini dicipta khusus untuk kulit sensitif dan tidak toleran cahaya matahari yang mudah mendapat alahan matahari seperti letusan cahaya polimorf.
ANTHELIOS Invisible Fluid SPF50+ menawarkan keberkesanan yang terbukti secara klinikal ke atas orang yang berisiko mendapat letusan cahaya polimorf. Ujian di bawah kawalan dermatologi menyimpulkan bahawa 100% pesakit dilindungi daripada letusan cahaya polimorf.
Apakah pelindung suria yang bagus untuk kulit yang sensitif, reaktif dan tidak toleran cahaya matahari?
Anthelios Hydrating Cream SPF50+ mempunyai perlindungan UVA + UVB spektrum luas yang sangat tinggi, sehingga sinar UVA panjang untuk perlindungan yang lebih ampuh daripada kerosakan akibat UVA yang mengakibatkan reaksi matahari dan alahan.
Krim ini dirumus khas untuk jenis kulit sensitif, reaktif dan mudah alah dengan hanya bahan-bahan penting tanpa menjejaskan perlindungan. Anda akan mendapati tiada paraben atau pengawet dalam rumusan ini. Rumusan ini juga mengandungi La Roche-Posay Thermal Spring Water, antioksidan yang melegakan secara semula jadi untuk melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh UV.
"