APAKAH YANG MENYEBABKAN KULIT MUDAH BERJERAWAT?
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?

Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, jerawat bukanlah disebabkan oleh "kulit kotor". Sebenarnya, orang yang mempunyai jerawat sering membersihkan kulit mereka dengan bersungguh-sungguh! Sekiranya anda mencari punca jerawat, ia adalah kelenjar sebum yang menghasilkan minyak bernama sebum. Di bawah pengaruh hormon dan pelbagai faktor lain (stres, UV, pencemaran…), kelenjar ini menghasilkan lebihan minyak, menyumbat pori-pori anda dan menyebabkan jerawat.

SOALAN ANDA
JAWAPAN KAMI

1 quote-marks

Bagaimanakah saya boleh menghilangkan parut jerawat?

Parut jerawat adalah amat sukar dirawat. Rawatan tertentu di pusat rawatan boleh membantu seperti mikrodermabrasi, pengelupasan kimia, laser dan jarum mikro. Sebaik-baiknya, parut jerawat harus dihalang daripada terbentuk dengan ubat-ubatan yang sesuai seperti antibiotik atau isotretinoin. Tanyakan juga kepada ahli farmasi anda mengenai penjagaan kulit harian pakar seperti rangkaian EFFACLAR.


Ketahui lebih lanjut

Adakah ini membantu?

1 quote-marks

Bagaimanakah saya boleh menghilangkan jerawat?

Jerawat ringan dapat diatasi dengan penyelesaian dermokosmetik yang betul. Bersihkan kulit dengan lembut dua kali sehari dengan air misel atau gel pembersih berbuih. Ikuti penjagaan kulit setiap hari dengan bahan aktif seperti asid salisilik, niacinamide dan pirokton olamin. Sekiranya langkah ini tidak mencukupi, berjumpa dengan pakar dermatologi anda untuk bertanya tentang rawatan perubatan seperti retinoid, antibiotik dan isotretinoin.

Ketahui lebih lanjut

Adakah ini membantu?

1 quote-marks

Bagaimanakah saya boleh menghilangkan jerawat belakang?

Jerawat ringan pada badan dapat diatasi dengan penyelesaian dermokosmetik yang betul. Bersihkan kulit dengan lembut dua kali sehari dengan gel pembersih berbuih. Ikuti penjagaan kulit harian dengan bahan aktif seperti asid salisilik, niacinamide dan pirokton olamin.


Ketahui lebih lanjut

Adakah ini membantu?

1 quote-marks

Apakah punca jerawat?

Di dalam jerawat, ketidakseimbangan hormon yang disebut androgen menyebabkan kelenjar sebum menghasilkan banyak minyak. Hormon yang sama menyebabkan peningkatan pengeluaran sel kulit yang melapisi pori. Pori kemudiannya tersumbat dengan campuran sel dan sebum lalu menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ini mengakibatkan beberapa jenis jerawat daripada bintik merah hinggalah pustula atau sista yang dalam serta menyakitkan.


Ketahui lebih lanjut

Adakah ini membantu?

BENAR
ATAU PALSU

COKLAT TIDAK BAIK
UNTUK KULIT YANG MUDAH MENDAPAT JERAWAT.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa coklat mempunyai kesan pada jerawat. Walaupun setiap orang itu berbeza, masalah jerawat boleh berlaku pada sebahagian orang. Coklat hitam sebenarnya dipenuhi dengan antioksidan yang sesuai untuk kulit!
Ketahui Lebih Lanjut

MAKANAN BERMINYAK
BERSAMAAN KULIT BERMINYAK.

SALAH An illustration of an incorrect answer to a question.

Mitos jerawat yang biasa ialah minyak di pinggan anda menjadikan lebih banyak minyak di pori. Namun, tiada langsung kaitan antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan lemak tidak tepu boleh mencetuskan keradangan mikro di semua organ tubuh, termasuk kulit. Secara ringkasnya, bakon dan kerepek tidak akan menyebabkan jerawat tetapi kesederhanaan adalah dasar yang terbaik untuk kesihatan keseluruhannya.
Ketahui Lebih Lanjut

GULA BOLEH
MEMBURUKKAN JERAWAT.

BENAR An illustration of a correct answer to a question.

Kajian terkini menunjukkan bahawa makanan dengan Indeks Glisemik yang tinggi - makanan yang menyebabkan gula darah melonjak - boleh membuat jerawat menjadi lebih teruk. Kami tahu, berkata-berkata itu lebih mudah daripada melakukannya tetapi untuk menjaga kesihatan kulit anda, jauhi gula-gula, minuman bergula dan makanan yang diperbuat daripada tepung putih serta sila ambil makanan berserat tinggi seperti bijirin dan kekacang.
Ketahui Lebih Lanjut

MEMICIT JERAWAT AKAN
MEMBURUKKAN KEADAAN.

BENAR An illustration of a correct answer to a question.

Sekalipun kelihatan seperti satu kaedah pembaikan yang cepat, memicit jerawat sebenarnya akan memburukkan lagi kulit yang mudah berjerawat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut yang dijangkiti serta meningkatkan keradangan. Anda juga boleh menimbulkan jangkitan baharu melalui kuku anda. Oleh itu, memicit jerawat adalah tabiat berbahaya dan seeloknya perlu dielakkan!
Ketahui Lebih Lanjut

MANFAAT DIPEROLEHI JERAWAT
DARI PENDEKATAN KOMBINASI

Walaupun jerawat sebahagiannya adalah keadaan genetik (ya, anda boleh menyalahkan ibu bapa anda hingga ke satu tahap!), penyesuaian gaya hidup yang betul dan rutin penjagaan kulit harian yang berkesan dapat membantu mengurangkan masalah jerawat yang ringan. Jangan risau, kami akan memberitahu anda semua yang perlu diketahui.

Dalam kes yang lebih teruk, pakar dermatologi mungkin menasihati anda untuk mengambil kombinasi ubat dan penyelesaian dermokosmetik dari farmasi apabila kulit mudah berjerawat anda menjadi lebih baik. Dalam semua kes, kunci untuk kejayaan adalah dengan meneruskan rawatan yang dipreskripsikan oleh pakar dermatologi anda, walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak berfungsi.

Di bahagian ini, kami akan menyahkodkan kulit berminyak dan jerawat, termasuk jerawat hormon serta mendedahkan beberapa pencetus jerawat yang kurang dikenali: Stres, UV dan pencemaran. Anda juga akan mendapat banyak petua mengenai cara merawat kulit berminyak (kami turut memberitahu anda cara untuk mencegah bintik-bintik sebelum menjadi lebih teruk) dan cara mengambil tindakan yang berkekalan bagi membantu membersihkan kulit anda yang mudah berjerawat.

PEMBACA
YANG DIHORMATI

Maklumat yang dipaparkan di sini adalah hanya untuk tujuan pendidikan umum dan tidak boleh menjadi pengganti nasihat perubatan profesional. Anda hendaklah selalu mendapatkan nasihat penyedia kesihatan yang berkelayakan untuk sebarang soalan perubatan.